Diploma Seni Kulinari UiTM Bidang Pilihan Pelajar Lepasan SPM
Kampus UiTM Permatang Pauh di Pulau Pinang merupakan IPTA di Malaysia yang berteraskan perhotelan yang terawal di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 1967 Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan telah ditubuhkan di UiTM ini. Setakat ini terdapat enam kampus UiTM yang telah menawarkan kursus dalam bidang ini. Antara kampus UiTM yang telah menawarkan kursus tersebut adalah UiTM Kampus Puncak Alam di Selangor, UiTM Kampus Dungun di Terengganu, UiTM Kampus Permatang Pauh di Pulau Pinang, UiTM Kota Samarahan di Sarawak, UiTM Melaka, serta UiTM Sabah.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang memulakan operasinya pada 16 Jun 1996 di kampus sementaranya di Permatang Pasir dan ianya juga merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus utama UiTM di Pulau Pinang terletak di Jalan Permatang Pauh dan mula dibuka dan beroperasi sekitar bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan jumlah pelajar seramai 230 orang. Kumpulan terawal pelajar ini menamatkan pengajian mereka di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999. Menurut rekod kakitangan permulaan UiTM Pulau Pinang adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik.
Sejajar dengan visi fakulti iaitu untuk menerajui pengajian perhotelan dan pelancongan serta berdaya saing di peringkat negara dan global, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan(FPHP) di UiTM sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan lebih efektif. Pada Ogos 2014, FPHP telah berjaya meraih pengiktirafan dan akreditasi bagi keempat-empat program Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Institute of Hospitality. Tempoh akreditasi tersebut adalah selama 5 tahun iaitu sehingga Ogos 2019. Manakala, misi penubuhan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) di UITM adalah menjadi wadah perkembangan ilmu yang cemerlang kompetitif di peringkat negara dan global bagi menghasilkan graduan yang kompeten, beriltizam, berdaya saing, prihatin dan berkemanusiaan dalam bidang hospitaliti dan pelancongan. Antara objektif penubuhannya juga adalah untuk menambah bilangan tenaga mahir bumiputera dalam bidang hospitaliti dan kulinari.
Bagi Diploma Seni Kulinari UiTM, program ini dahulunya dikenali sebagai diploma in chef training. Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan sebagai chef professional. Para pelajar akan diasuh bakatnya, dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang selayaknya untuk menjawat jawatan tersebut. Antara subjek-subjek utama program ini adalah hotel cookery, pastry and baking, food & beverage cost control , operasi restoran dan food hygiene. Selain itu para pelajar juga didedahkan dengan teknik-teknik masakan yang terkini di samping pelbagai kemahiran asas dalam dunia masakan barat dan timur. Untuk memastikan para pelajar ini kompeten untuk menjadi seorang chef professional, para pelajar diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama dua semester.
Antara subjek yang bakal dipelajari oleh pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM bagi semester pertama adalah Integrated Language Skills: Listening, Prinsip-prinsip Asas Islam, French Language I, Introduction to Hospitality and Tourism Industry, Basic Culinary Skills I, Fundamentals of Baking dan
Food Studies. Bagi semester kedua pula adalah Integrated Language Skills: Reading, Pemikiran dan Tamadun Islam, French Language II, Food Hygiene, Basic Culinary Skills II, dan Art of Garde Manger. Seterusnya pada semester ketiga pula mereka yang mengambil kursus ini bakal mempelajari subjek Fundamentals of Marketing, Integrated Language Skills: Writing, Pengurusan Pemakanan dan Pelancongan Islam, Introduction to Financial Accounting and Reporting, Malaysian Cuisine I, International Cuisine dan Food and Beverage Cost Control. Pada semester keempat, mereka akan mempelajari subjek Fundamentals of Entrepreneurship, Introduction to Hospitality and Travel Law, Haute Cuisine 2, Malaysian Cuisine II dan Restaurant Operation Local Hors D’oeuvres and Pasrty. Akhir sekali pada semester kelima mereka akan menjalani latihan industri atau Industrial Training.
Syarat Kelayakan Diploma Seni Kulinari UiTM
Sila semak maklumat mengenai syarat kelayakan Diploma Seni Kulinari UiTM untuk panduan dan rujukan anda.
SYARAT KELAYAKAN DIPLOMA SENI KULINARI UiTM
|
|
Kod UPU: E2242
Fakulti: Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
Tempoh Pengajian: 5 Semester
|
|
Syarat Am
|
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)
|
Syarat Khas – Lepasan SPM
|
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
• Matematik/Matematik Tambahan
• Bahasa Inggeris
|
Syarat Khas – Lepasan Sijil UiTM
|
Lulus Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf serta SATU (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan
DAN
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat EMPAT (4) kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN Bahasa Inggeris / Matematik / Matematik Tambahan
Nota:
Bagi lulusan sijil sahaja, salinan permohonan dan salinan sijil yang telah disahkan perlu dihantar kepada Dekan, Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan, UiTM Puncak Alam, 42300 Puncak Alam. (selewat-lewatnya satu minggu selepas tarikh tutup permohonan).
|
Syarat Khas – Lepasan PRA DIPLOMA UiTM
|
Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM
|
Syarat Khas – Lepasan APEL (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING)
|
Lulus MQA (ujian Aptitud dan Penilaian Portfolio).
• Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan.
• Pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
• Lulus temu duga peringkat Fakulti
|
Peluang Sambung Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Kulinari UiTM
Selain program di peringkat Diploma Seni Kulinari UITM Pulau Pinang turut menawarkan program di peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Kulinari. Sama seperti Bc. Sc Pengurusan Hotel, program ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan bagi kursus lanjutan setelah tamat diploma UiTM terutamanya dalam sektor kulinari. Program ini menekankan kemahiran dan pengurusan dalam bidang kulinari agar graduan boleh bekerja sebagai pekerja sektor perhotelan mahupun pelancongan yang terlatih dan berkelayakan dalam industri hospitaliti.
Di peringkat Ijazah, antara subjek yang dipelajari adalah Preparatory College English, National Kesatria I, Fundamentals of Baking, Culinary Essential, Fundamentals of Hospitality and Tourism Industry, Introduction to Management, Introduction to Marketing dan Introductory French (Level 1). Seterusnya pada semester keenam iaitu yang terakhir mereka akan terlibat dengan praktikal seperti Culinary Internship dan Undergraduate Project. Perjalanan praktikal ini boleh dilaksanakan di Hotel UITM Pulau Pinang.
Konklusinya, Diploma Seni Kulinari UiTM merupakan antara sektor yang cukup penting dalam usaha memantapkan lagi sektor pelancongan dan hospitaliti di Malaysia. Semoga sektor ini terus maju jaya di masa hadapan.
Salam sejaterah, nak tanya ni…Betul ke bidang kulinari ade dekat Uitm Sabah? TQ
Salam sya nk tnya ada ke bidang pastri di uitm shah alam .
Saya berminat untuk sambung belajar disini
Assalamualaikum nak tanya ada tak bidang kulinari
Kalau tak lulus math takleh ambil kulinari ke?
Semoga rezeki saya dapat sambung ke uitm melaka tahun 2021 amin. Saya berminat sgt2 vidang kulinari
Hai nak tanya uitm Shah Alam ada ke kulinari?
kalau lulus bahasa inggeris tapi tak lulus math macam mana?
salam saya nak ambil kulinari tapi di uitm kota samarahan kursus itu tak jelas
Assalam, nk tanya. Sy lulusan kolej komuniti, sijil kulinari nak sambung study dip kulinari di uitm wjb 1 tahun pengalaman bekerja ke? Spm sy tak kredit bi mcam mana ye?
Saya nk tnya kulinari dkt pahang ada ke??
hai nak tanya…kalau x lulus math tak boleh masuk uitm ke… sebab saya dah dua tahun ambik kulinari kat sekolah menengah harian …saya bukan kv… sekolah saya ada kelas bidang kulinari …saya tahun ni spm …saya rasa berminat dengan uitm ni tapi kalau math tu saya lemah…dan bi saya masih boleh faham
hai nak tanya,kalau tak ambik addmath boleh ambik kos kulinari tak kat uni nanti?
Mohon sangat ii supaya dapat dimasukkan ke sini selepas SPM
Berharap sangat dapat melanjutkan pelajaran dan menimba ilmu di sini
Berharap sangat dapat melanjutkan pelajaran dan menimba ilmu di sini
Nak dapat kan borang online for culinary student?
Hi kalau tidak lulus mate boleh ke masuk
Anak akak hanya kepujian Bahasa English. Mate Tk sangkut. keinginan nya mengebu2 sangat masuk uitm kulinari..ermmm ��
Jika english kredit n math lulus. Ok
Jika english kredit n math lulus. Acceptable x?
Utk diploma(lepasan spm) ada di dungun, Terengganu dan permatang pauh, penang. Utk ijazah/deg(lepasan stpm/matriks)ada di kedua dia ats beserta di uitm puncak alam,Selangor
Boleh je. Syarat dia math atau addmath kena C berserta english C at least
Matematik dan english kena kepujian means at least kena dapat C
Sya nk tnya kalau seseorang tu keputusan dia E mcm mna? Tpi dia still nk sambung belajar Di uitm tpi jga diploma je and kulinari shja dpt ke dia Di terima?
Nk tnya ni kalau seseorang tu keputusan dia E mcm mna tpi dia nk berminat belajar Di uitm tpi jga kulinari… Diploma je.
Kalau daripada bidang pentadbiran awam nak sambung degree dalam kulinary,boleh kh?
Lulusan dip kulinari kV boleh smbung degree uitm tak
Masuk pra dip. dulu uitm dulu, then baru boleh apply masuk dip.
ASSALAMUALAIKUM…SAYA NAK TANYA BOLEH KE LAGI NAK MASUK DIPLOMA SENI KULINARI LAGI?DAN YURAN MAHAL KE?
Boleh berhubung terus dengan pihak UiTM atau layari website rasmi mereka untuk maklumat terkini kursus tersebut
assalammualaikum.. anak saya sekarang ni sekolah di sekolah menengah agama ,aliran agama boleh ke belajar dalam bidang kulinari di UITM..dia minat sangat bidang ni.Mohon pencerahan ..Terima kasih tuan