Persekitaran Maklum Balas Sebagai Penentu Keberkesanan Pengajaran Pensyarah
Melalui matlamat tersebut maka transformasi pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi diperingkat antarabangsa kerana transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020.
Bidang akademik merupakan satu platfom pembelajaran yang penting dalam sistem pendidikan Negara. Tahap pencapaian pelajar dinilai melalui kecemerlangan pencapaian akademik.
Namun tahap kecemerlangan pencapaian tersebut bergantung kepada kebolehan individu. Ini kerana kebolehan tersebut adalah tidak sama maka, diperingkat institusi pengajian tinggi, aktiviti pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk mencapai matlamat individu terutamanya dalam 2 kecemerlangan pencapaian akademik.
Proses pembelajaran dan pengajaran akan memberi kesan kepada penerimaan pelajar namun bergantung kepada tahap penerimaan masing-masing. Ini kerana aktiviti dan cara hidup pelajar banyak mempengaruhi pencapaian dalam akademik.
Maklum balas perlu disalurkan bukan sahaja secara formal, malah secara tidak formal dan berterusan dalam setiap organisasi pendidikan.
Hal ini bertujuan untuk membantu pengikut agar jelas dengan jangkaan prestasi pemimpin dan standard piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Kewujudan budaya persekitaran maklum balas yang positif perlu ditekankan dalam setiap organisasi bagi memupuk potensi pengikut dan meningkatkan prestasi kerja demi kepentingan individu dan organisasi.
Memberi maklum balas kepada pekerja dalam sesebuah organisasi tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana pemimpin. Lam, Yik, dan Schaubroeck (2002) telah menjelaskan bahawa maklum balas diberi untuk mengekal dan meningkatkan motivasi serta kepuasan kerja dalam kalangan pekerja.
Melalui tingkah laku pencarian maklum balas yang aktif, individu bukan sahaja menyampaikan pandangannya terhadap individu lain, malah individu berupaya melihat dirinya dengan lebih dekat. Hal ini selari dengan pandangan Ashford, Blatt, dan VandeWalle (2003) di mana individu-individu melalui tingkah laku pencarian maklum balas mungkin ingin mengetahui prestasi kerja daripada majikan mereka.
Justeru, tahap dan kedalaman maklumat dalam aliran dua hala harus menyediakan asas yang kukuh untuk membentuk kepercayaan terhadap pengurusan dan menambahbaikkan persepsi pekerja terhadap sokongan penyeliaan dalam organisasi.
Maklum balas dilihat sebagai reaksi orang lain terhadap tingkah laku seseorang yang mempengaruhi seseorang lain khususnya dalam aspek emosi dan persepsi. Dalam konteks pendidikan, Tower (1999) telah merujuk maklum balas sebagai maklumat yang dikemukakan kepada individu berdasarkan prestasi yang mencerminkan kecukupan, kuantiti atau kualiti prestasi pengajaran.
Seorang pemimpin yang gagal memberi maklum balas kepada pengikutnya tidak akan menjadi efektif walaupun individu tersebut telah memiliki pelbagai ciri kepimpinan. Hal ini kerana segala visi, bakat, dan kecekapan antara pemimpin dan pengikut tidak akan dapat dihubungkaitkan secara realiti tanpa maklum balas.
Selain itu, hubungan kerja antara pemimpin dan pengikut turut tidak dapat dibina dengan baik sedangkan hubungan kerja yang baik membantu menjelaskan jangkaan pemimpin terhadap pengikutnya (Wanberg & Kammeyer-Mueller 2000).
Kajian-kajian lepas telah mendapati maklum balas biasanya meninggalkan kesan yang sederhana terhadap prestasi. Steelman, Levy, dan Snell (2004) menjelaskan kesan negatif terhadap prestasi yang telah dikesan menunjukkan mekanisme maklum balas masih tidak difahami seperti yang dijangkakan.
Perlu ditekankan bahawa budaya maklum balas secara positif perlu dipupuk dalam setiap organisasi bagi membantu individu menerima, mendapatkan, dan menggunakan maklum balas secara formal mahupun tidak formal untuk membaiki prestasi kerja mereka (London & Smither 2002).
Maklum balas tentang prestasi kerja dalam organisasi adalah penting kepada setiap pekerja. Ia adalah jumlah maklumat yang dihantar secara langsung dan jelas diterima daripada prestasi dan keberkesanan kerja seseorang individu.
Hal ini turut dijelaskan oleh Wiggins (2012) di mana maklum balas ialah maklumat bagaimana kita melakukan dalam usaha untuk mencapai matlamat. Sehubungan itu, Winnie dan Butler (1994) telah menyediakan definisi yang menyeluruh tentang maklum balas di mana maklum balas ialah “maklumat di mana seseorang individu boleh mengesahkan, menambah, memperincikan atau menstrukturkan semula dalam ingatannya, sama ada maklumat tersebut adalah domain pengetahuan, pengetahuan meta-kognitif, keyakinan ke atas dirinya dan tugas yang dilaksanakan, atau taktik kognitif dan strategi.”
Konklusinya, kecemerlangan akademik pelajar penting untuk melahirkan pelajar yang baik dari segi berilmu, berketerampilan dan berwibawa. Tahap pencapaian yang cemerlang diukur melalui beberapa faktor penilaian iaitu, ujian, kuiz, pembentangan, tugasan, projek dan amali serta penilaian ini akan menjadi pengukur kepada tahap kecemerlangan pelajar.
Pemimpin dalam organisasi pendidikan juga memainkan peranan penting untuk mengembangkan potensi pengikutnya dan meningkatkan prestasi kerja secara dinamik. Pemimpin perlu memastikan pengikutnya sentiasa berada atas landasan kerja yang betul bagi mencapai sasaran kerja yang ditetapkan oleh organisasi. Jelas menunjukkan bahawa kebolehlaksanaan sesuatu tugas amat bergantung kepada kerjasama pengikut-pengikutnya dan bukan pemimpin mempersembahkan one man show.
Bibliografi
Ling Ying Leh, Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Aziah Ismail, Persekitaran Maklum Balas sebagai Penentu Efikasi Kendiri Pengajaran Pensyarah Politeknik, Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)(2015): 101-109
Hasmah Binti Iberahim, Pengaruh Faktor Persekitaran Terhadap Kecemerlangan Akademik Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan Serta Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik di UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Januari 2014.