Borang Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Online

Permohonan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan tahun ini telah dibuka sekarang.

Pelajar yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara online sebelum tarikh tutup seperti mana yang disiarkan di laman web rasmi pihak BPTV.

Anda boleh berbuat demikian menggunakan sistem permohonan online Kolej Vokasional.

Cuma untuk memohon tawaran biasiswa pelajar Malaysia >> DI SINI

Berita ini menurut apa yang telah disiarkan di laman portal Bahagian pendidikan Teknik dan Vokasional baru-baru ini.

Untuk maklumat lebih terperinci dan terkini anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara buat permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Ada dua kategori permohonan dan ianya berdasarkan aliran murid. Permohonan boleh dibuat menggunakan borang permohonan Kolej Vokasional online.

Sila rujuk maklumat lanjut di bawah:

Borang permohonan Kolej Vokasiona (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) online
Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

A. Kategori Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Syarat kemasukan bagi Program Apprenticeship /  kemahiran di Kolej Vokasional (KV) / Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Syarat Umum

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  • Bagi calon yang memohon ke GIATMARA, calon mestilah berstatus Bumiputera

Cara memohon sila layari https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/pavt3.cfm

Di laman portal permohonan online di atas anda boleh mendapat info mengenai perkara-perkara berikut iaitu:

a. Institusi dan kursus ditawar
b. Syarat Permohonan
c. Carta Aliran permohonan
d. Info kursus
e. Panduan permohonan
f. FAQ – jika perlukan maklumat lanjut.

READ: Apply Vocational College Online

B. Kategori Murid Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama.

Untuk kategori ini berikut ialah syarat-syarat umum dan syarat khusus untuk memohon. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk maklumat terperinci dan lanjut.

Syarat Umum

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2016 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain -lain penyakit yang boleh mengehadkan murid
    Daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon mestilah TIDAK RABUN/BUTA WARNA
  • Calon bebas daripada masalah mental; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.

Syarat Khusus

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya  Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (PentaksiranSekolah-PS)

Untuk memohon sila layari portal https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/pt3.cfm

Di portal tersebut anda boleh juga memperolehi maklumat-maklumat berikut:

a. Institusi dan kursus ditawar
b. Syarat Permohonan
c. Carta Aliran permohonan
d. Info kursus
e. Panduan permohonan
f. FAQ – jika perlukan maklumat lanjut.

Sekiranya pelajar tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK. Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.

Tarikh tutup permohonan Kolej Vokasional

Sila rujuk maklumat tarikh tutup permohonan di laman website rasmi mereka.

READ:  Semakan Keputusan Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik

Alamat perhubungan

Jika anda perlukan maklumat tepat dan terperinci anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Alamat BPTV:
Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon : 03-80008000

Semoga info mengenai permohonan Kolej Vokasional dan SMT ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang berhasrat untuk memohon, kami ucapkan semoga berjaya.