Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB Untuk Pelajar

Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB Untuk Pelajar. Tahukah anda bahawa ada kad diskaun ditawarkan oleh KTMB untuk pelajar. Pelajar yang mempunyi kad ini boleh menikmati tambang diskaun sehingga 50% dengan hanya menunjukkan kad diskaun KTM-i di kaunter bermula 7 Januari 2016 nanti.

Kepada yang berminat, tempoh sebulan diberikan untuk memohon dan mendapatkan kad KTMB i-Card Student.

Langkah ini diambil sebagai langkah kawalan untuk mengelak berlaku penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh individu yang bukan pelajar institut pengajian tinggi atau mereka yang sudah tamat belajar.

Syarat Permohononan
1. Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
2. Terbuka untuk semua warga negara.
3. Yuran tahunan RM30.00.
4. Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan.
5. Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.

Cara Memohon
a. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan KTMB i-Card.
b. Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/Universiti.Yuran dibayar secara tunai.
c. Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.
d. Operasi kaunter adalah dari hari Isnin – Jumaat .
e. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 0800 sehingga 2030.
f.Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.

Rebutlah peluang ini untuk menjimatkan kos perjalanan anda.