Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ SPM
Biasiswa JPA program penajaan 9A+ SPM. Tahun ini sekali lagi JPA akan membuat penajaan biasiswa kepada para pelajar yang mendapat keputusan SPM yang cermelang iaitu 9A+.
Tentu ramai yang teruja untuk semak keputusan SPM kamu. Relax… jangan gopoh.
Kalau anda mendapat keputusan seperti di atas anda mungkin akan dipertimbangkan untuk mendapat biasiswa dari JPA.
Baca maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI
Jika anda pelajar yang mendapat 9A+ cepat-cepat rujuk kepada pihak JPA untuk mendapatkan tajaan sambung pengajian.
Permohonan dibuka dari pada tarikh yang diumumkan oleh pihak penaja.
Selalulah melawat laman website rasmi JPA agar anda tidak terlepas sebarang hebahan mengenai peluang tajaan pendidikan dan sebagainya.
Syarat Biasiswa JPA
Pemohon mestilah memiliki kelayakan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak JPA.
Yang bagusnya, pihak JPA ada menyediakan perincian syarat kelayakan untuk memohon tajaan pendidikan dari pada mereka.
Untuk maklumat lanjut baca Tawaran Biasiswa JPA dan Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa JPA.
Lepas baca dan anda memenuhi syarat kelayakan bolehlah teruskan ke proses berikutnya iaitu buat permohonan.
Cara Memohon Biasiswa JPA
Bagaimana cara memohon biasiswa nie? Untuk memohon anda boleh menghantar permohonan secara online di website atau portal yang disediakan.
Layari Portal eSILA >> http://esilav2.jpa.gov.my/
Jika anda perlukan maklumat lanjut boleh menghubungi maklumat perhubungan di bawah.
Alamat:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
Selain biasiswa JPA ada juga biasiswa lain seperti Biasiswa Shell Malaysia dan Biasiswa Petronas yang boleh anda cuma pohon.
Semoga info mengenai Biasiswa JPA untuk pelajar dapat 9A+ semasa SPM ini bermanfaat kepada anda.
Manalah tahu reziki anda akan dapat tajaan pendidikan dari pihak JPA, mesti seronok sambung belajar tak perlu buat pinjaman.