Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun Ini
Berlaku pertambahan yang agak ramai. Ini mungkin kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf STAM sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ini adalah berita baik untuk para pelajar yang berminat untuk mengikuti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Jika anda terlepas post terdahulu kami mengenai topik Maklumat Pendaftaran Peperiksaan STAM anda digalakkan membacanya juga terutama kepada mereka yang berniat untuk menduduki peperiksaan STAM ini.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Cara Semakan Keputusan STAM Melalui Aplikasi SMS.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, pada pagi keputusan diumumkan dan akan ditamatkan pada 11.59 malam.
Sila rujuk gambar dibawah untuk menyemak keputusan STAM melalui SMS.
Click on the photo to enlarge |
Kepada mereka yang lulus dan memperolehi sijil, anda adalah layak untuk memohon untuk melanjutkan pendidikan anda ke universiti tempatan. Walau bagaimanapun anda adalah digalakkan untuk membaca maklumat lanjut di PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STAM.
Kepada yang mendapat kelulusan bertaraf Mumtaz, anda adalah layak untuk melanjutkan pelajaran ke University Aa-Azhar, Mesir. Walau bagaimanapun ada diharap untuk menunggu keadaan pergolakan politik di Egypt reda sebelum anda memohon untuk memasuki universiti tersebut.
Untuk maklumat terkini dan maklumat lanjut anda boleh berhubung terus dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Negara (KPTN).
READ ALSO: Pendaftaran Calon Persendirian PT3, SPM, SPMU dan STAM
Kepada calon-calon STAM yang tidak berjaya, sila jangan putus asa. Anda boleh mendaftar untuk menduduki semula peperiksaan itu nanti.