Cara Beli PIN UPU Online – Tidak Perlu Beratur Di Kaunter BSN Lagi
Tahukah anda bahawa selain beratur di kaunter BSN untuk membeli PIN No UPU, anda juga sebenarnya boleh membeli PIN UPU ini di mana-mana ATM BSN pada bila-bila masa sahaja.
Anda tidak perlu beratur lagi atau menunggu giliran di kaunter Bank BSN untuk membeli PIN UPU anda. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa anda.
Kali ini kami kongsikan dengan can cara beli PIN UPU online di mana-mana ATM BSN untuk panduan anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memudahkan urusan permohonan anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Di bawah adalah cara beli PIN UPU online sebagai panduan anda.
Cara Beli PIN UPU Online di Mesin ATM BSN
Berikut adalah cara pembelian No PIN UPU di mesin ATM BSN :
1. Masukkan Kad BSN dan no PIN anda.
2. Pilih Urusan – ‘Beli PIN’.
3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’.
4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya ‘SPM’ atau “STPM”. Mengikut lepasan pengajian masing-masing.
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau My Kad anda untuk proses seterusnya.
6. Tekan button ‘YA’ untuk meneruskan urusan transaksi.
7. Semak maklumat semula dan kemudian klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan.
9. Tekan untuk dapatkan resit yang dicetak.
10. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan anda semasa permohonan nanti.
Nota: Sebagai rujukan, senarai kategori pembelian nombor pin UPU sesi 2019/2020 di Portal BSN.
Sila jangan tersilap membeli PIN nombor yang lain. Ramai pelajar tersilap membeli PIN dengan terbeli pula PIN No PTPTN. Ini menyebabkan mereka terpaksa pergi ke ATM BSN untuk membeli PIN No UPU sekali lagi. Merugikan masa, tenaga dan wang anda bukan?
Semoga perkongsian mengenai cara beli PIN UPU untuk lepasan SPM dan STPM ini bermanfaat kepada anda.
Banyak betul iklan adsense dalam web ni tapi jangan harap la aku nak klik woii haha
Pegi atm pon kene beratur.. Zzz
Aku ingtkan online tu betul2 online. Rupanya kena g bank jugak 😂
Sy telah pergi ke atm BSN untuk beli pin tapi tak ada pun dalam screen menyatakan beli pin no
Adakah ini version lama