Borang Permohonan Politeknik Online 2019 Lepasan SPM, SKM Level 3, Pra Diploma Dan Sekolah Pendidikan Khas
Oleh kerana artikel terdahulu kami mengenai permohonan dan syarat kemasukan ke Politeknik amat popular dan pihak kami menerima banyak maklum balas, kami memutuskan untuk menulis panduan ini bertujuan membuat sedikit kemaskini mengenai topik ini di sini. Sila baca artikel tersebut untuk maklumat tambahan anda.
Topik ini penting kerana pelajar mengemukan permohonan Politeknik menggunakan sistem applikasi online di laman portal rasmi institut pengajian tersebut.
Cara Memohon Politeknik
Mungkin anda ingin mengetahui proses permohonan sebagai rujukan anda. Proses ini mungkin berubah mengikut budibicara pihak institut pengajian tersebut. Adalah penting untuk anda berhubung secara langsung dengan mereka bagi mendapatkan info terkini.
a. Permohon wajib membeli Nombor UNIK ID, Kategori A berharga RM15.60 di semua cawangan BSN seluruh negara sama ada melalui Perkhidmatan Kaunter atau Perkhidmatan Mesin ATM.
b. Memohon secara online di www.politeknik.edu.my. Pemohon dikehendaki mengisi dan melengkapkan maklumat permohonan.
c. Mencetak Slip Maklumat Permohonan Kemasukan.
Sila memohon menggunakan borang permohonan di bawah mengikut kategori.
KATEGORI
|
LINK PERMOHONAN ONLINE
|
Lepasan SPM tahun 2016- 2018
|
*Sila beli no. UNIK ID Kategori Lepasan SPM/Setaraf berharga RM 15.60 di Bank Simpanan Nasional sebelum mengisi borang permohonan.
|
• Lepasan SPM tahun 2015 & ke bawah
• Lulusan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Perda-Tech, Institut Pertanian Malaysia
• Sijil APEL
|
|
Permohonan Pra Diploma Politeknik
|
|
Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
|
|
Lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran)
|
|
Kursus Secara Sambilan
|
Alamat Perhubungan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, anda dinasihatkan dan digalakkan untuk berhubung terus dengan pihak Politeknik menerusi alamat perhubungan di bawah.
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313/ 9263
Faks : 03-8891 9319
Website: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp
Borang Permohonan Politeknik bagi lepasan SPM. Permohonan kemasukan ke Politeknik bagi lepasan SPM kini sudah dibuka and pelajar yang berminat boleh membuat permohonan terus secara online di laman sesawang Politeknik KPT. Kepada pelajar SPM tahun lepas, anda boleh membuat permohonan ke politeknik melalui program kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Syarat Minimum Kemasukan Politeknik
Berikut adalah syarat-syarat minumum kemasukan ke Politeknik KPT. Anda haruslah memenuhi syarat minumum ini sebelum mengemukan permohonan anda ke Politeknik KPT secara online.
1. Warganegara Malaysia
2. Boleh membaca, menulis dan mengira.
3. Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4. Serta mendapat kepujian dalam 5 matapelajaran yang lain.
Untuk mendapatkan maklumat tentang syarat kemasukan politeknik mengikut program, Sila layari Panduan Permohonan Ke Politeknik KPT
Panduan Permohonan Online Politeknik
Anda juga boleh belajar bagaimana mengemukan permohonan anda ke Politeknik berpandukan gambarajah di bawah.
READ ALSO: Application Politeknik Online For Certificates And Diploma
Jika perlukan maklumat lanjut dan terkini anda boleh berhubung terus dengan pihak politeknik terdekat dengan anda atau layari laman sesawang rasmi mereka.