Permohonan Pinjaman MARA – PANDUAN PELAJAR
Tawaran Pinjaman MARA untuk membiayai pengajian anda
Pihak MARA ada menyediakan Pinjaman MARA kepada pelajar yang layak dan berminat. Pelajar boleh mengemukakan Permohonan Pinjaman MARA jika anda telah mendapat tawaran kursus diploma atau peringkat Ijazah.
Borang Permohonan Pinjaman MARA Online
Bagi calon yang telah mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana university atau kolej, anda boleh membuat atau menghantar permohonan anda melalui aplikasi permohonan online. Anda juga boleh mengemukan permohonan pinjaman anda dengan cara memuat turun borang permohonan dari lama web EduLoan MARA, mengisinya dengan lengkap dan mengembalikannya semula ke pejabat MARA.
Walau bagaimana pun anda digalakkan untuk mengunakan applikasi permohonan online kerana ianya lebih mudah dan senang
Cara Mendaftar Permohonan Pinjaman MARA Secara Online.
Untuk membuat permohonan online anda boleh klik pautan ini >> PERMOHON PINJAMAN MARA ONLINE
Paparan page seperti di bawah ini akan keluar. Jika ini ialah kali pertama anda membuat permohonan anda pilih (klik) pilihan “PENDAFTARAN PENGGUNA BARU“
Isikan dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan. Selepas itu anda klik pada butang DAFTAR yang mana akan memaparkan syarat-syarat kelayakan am dan kelayakan akademik.
Sekiranya permohonan anda tidak berjaya dengan kata lain tidak layak pemberitahuan akan dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan oleh pihak MARA
Kami mengucapkan semoga berjaya kepada anda.