Program Transformasi Pelajar Cemerlang 1Malaysia

Program Transformasi Pelajar Cermerlang 1Malaysia adalah satu lagi program dan inisiatif yang harus mendapat sokongan dan penyertaan pelajar dan masyarakat.

SOKONGAN 1MALAYSIA

Program ini dirangka untuk menyokong konsep 1Malaysia yang menekankan perpaduan nasional dikalangan masyarakat bagi melahirkan negara cemerlang.

Konsep 1Malaysia perlu difahami dan dihayati oleh setiap golongan terutama pelajar.

Pelajar sebagai aset negara wajar diberikan pengertian dan pemahaman konsep 1Malaysia supaya boleh diamalkan di sekolah dan juga sebagai asas kehidupan selepas alam persekolahan.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM

Bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang aspek integrasi nasional dan hubungkait kecemerlangan diri, masyarakat dan negara.

Merealisasikan konsep 1Malaysia dan menekankan aspek integrasi nasional sebagai kemahiran interpersonal bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Melahirkan pelajar cemerlang, aktif, kreatif, progresif dan inovatif menerusi prinsip dan nilai 1Malaysia.

TEMPOH PROGRAM

Kursus 3 hari 2 malam di pusat terpilih.

MODUL

1 : Kejayaan diri
2 : Kejayaan Masyarakat
3 : Kejayaan Negara
4 : Identiti Pelajar 1 Malaysia

SUMBANGAN DAN TAJAAN
 Pihak yang berminat untuk membuat sumbangan dan penajaan. Sila hubungi Dr Ismail Zain (019-5713745)